السلام عليكم

Sunday, 14 October 2012


1. Perak negeri yang pertama menerima Residen Inggeris selepas Perjanjian Pangkor 1874.

2. JWW Birch Residen Inggeris yang pertama dibunuh di Pasir Salak, Perak oleh anak Perak


3. Pokok Getah pertama ditanam di Perak oleh penjajah Inggeris yang benihnya dibawa dari Brazil.


4. Landasan Keretapi yang pertama dibina di Perak menghubungkan Port Weld(Kuala Sepetang)-Taiping


5. Jabatan Pos dan Telegraf yang pertama dibina di Taiping, perak tahun 1880


6. Muzium pertama di Malaysia adalah Muzium Perak yang terletak di Taiping, Perak


7. 'The origins of current government system in Malaysia' bermula di Perak - dulu ada State Council pada 1877 - di mana wakil dari orang2 Melayu dan juga orang Cina serta pentadbir British menganggotainya. 


8. Kesultanan Perak juga merupakan satu-satunya kesultanan melayu di Malaysia pada hari ini yang mempunyai pertalian terus dengan kesultanan Melaka. walaupun pada asalnya, Pahang dan Johor juga begitu tetapi setelah Sultan Abd Ghafur Pahang mangkat, Pahang diperintah oleh Bendahara dan akhirnya dinaiktaraf menjadi kesultanan sendiri. Johor pula, setelah pembunuhan Sultan Mahmud Mangkat dijulang pada tahun 1699, keluarga Bendahara menjadi Sultan. Kemudian, setelah kemangkatan Sultan Husain pada tahun 18??, Johor akhirnya diperintah oleh Temenggong Ibrahim di mana anaknya kemudian dinaiktaraf menjadi Sultan Johor. Walaupun Sultan Sallehuddin Perak merupakan Sultan Perak terakhir berketurunan lelaki daripada Sultan Melaka, tetapi Sultan Perak yang berikutnya adalah cicit kepada Sultan Muzaffar Shah I melalui keturunan perempuan.


9. Zaman penjajahan Jepun (1942-1945), Markas Pentadbiran Tentera Jepun bagi Asia Tenggara adalah di TAIPING, PERAK! Dan pada zaman Jepun jugalah, IPOH dijadikan ibu negeri Perak hinggalah sekarang.


10. Zoo yang pertama di Malaysia pun di Perak iaitu Zoo Taiping


11. Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian


12. Anak Melayu yang Pertama mendapat gelaran SIR adalah Raja Chulan - anak Perak


13. Anak Melayu bukan berdarah Raja yang pertama dapat pingat daripada kerajaan Inggeris ialah Wan Muhammad Salleh Bin Wan Omar...asal beliau orang Ijok, Selama. Pernah kerja di Gerik, Kuala Kangsar dan Ipoh. Pingatnya adalah ISO (imperial service order)


14. Speaker Dewan Rakyat yang pertama - Dato' C M Yusof... orang Ipoh, Perak


15. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu yang pertama - Dato' Mustafa Al-Bakri - orang Batu Gajah, Perak


16. IPT yang pertama ialah UPSI (tahun 1922) yang terletak di Tanjung Malim , Perak. Universiti Malaya tahun 1947 tau....UPM (dulu agricultural college) tahun 1930an...


17. Sekolah Berasarama Penuh yang pertama - Malay College Kuala Kangsar (MCKK)


18. Setelah Penyata Razak, tiga buah Sekolah Berasrama Penuh ditubuhkan - Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) dan Sekolah Tun Fatimah (STF). STAR dan SDAR adalah di Perak. STAR di Ipoh dan SDAR di Tanjung Malim (later SDAR pindah ke Seremban)


19. Pemenang Piala FA pertama pada tahun 1990 ialah negeri Perak. Perak vs Selangor 4 – 2


20. Perlawanan akhir pertama di Stadium Merdeka dan Perak telah menjuarainya pada tahun 1957


21. Pemain Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada 1959 untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967


22. Piala HMS ditukar nama ke Piala Malaysia. Pasukan Perak merupakan pasukan pertama menjuarainya pada tahun 1967. Siaran secara langsung pertama ditayangkan di televisyen. Perak vs Singapura. Singapura menang 3-2 menerusi


23. Perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Perak dengan Terengganu. Perak menang. Pada tahun 1998


24. Juara Piala Malaysia pertama pada abad ke-21 iaitu Perak pada tahun 2000. Perak vs n9. perak menang.


25. Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu(DURBAR) yang pertama pun diadakan di Perak. Lebih tepat lagi,di Kuala Kangsar


26. Perak merupakan negeri pertama yang mempunyai daftar kereta. itu sebab plat kereta perak bermula dengan huruf A!


27. Tidak lupa juga,rakyat negeri Peraklah yang pertama memiliki kenderaan di Tanah Melayu


28. Kelab Diraja Ipoh yang berusia lebih 100 tahun pula muncul kelab terawal terdapat di negara ini


29. Di Perak jugalah - pemimpin Nusantara bermesyuarat dan bersepakat untuk memerdekakan Seluruh Nusantara di bawah gagasan Melayu Raya. Tapi, hanya delegasi dari Dutch Indies (nama lama Indonesia) yang meneruskan apa yg telah diputuskan sewaktu mesyuarat di Perak - merdeka dengan darah! And Yes, Sukarno was present at the meeting in Perak!


30. Pasal politik pulak, Perak dari dulu mempunyai kancah politik luar biasa dari negeri Melayu yang lain. Di awal penubuhan kesultanan Perak pada tahun 1528, berlaku perang saudara yang telah mengakibatkan kerajaan Perak terbahagi dua - antara Sultan Muzaffar Shah dan Tun Saban


31. Dalam tahun 1700s, sekali lagi politik Perak bergelora dengan negeri mempunyai 2 orang Sultan - Sultan Muzaffar Shah III yang memerintah dari Pachat ke Hulu (bersemayam di Kuala Kangsar) dan Sultan Muhammad Shah yang memerintah dari Pachat ke Hilir (bersemayam di Berhman Indera - dekat Bota)


32. Kemudian - pada tahun 1871, setelah kemangkatan Sultan Ali, ada 3 contender untuk jadi Sultan Perak - Sultan Ismail (yang dilantik oleh majority orang besar Perak), Sultan Abdullah (disokong pada mulanya oleh Laksamana & Shahbandar tapi kemudian disokong oleh British setelah Perjanjian Pangkor 1874) dan juga Sultan Yusuf (calon yang paling kurang mendapat sokongan pembesar namun akhirnya menjadi Sultan setelah Sultan Ismail dibuang ke Johor dan Sultan Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles.


33. Pada tahun 1983, buat julung kalinya dan pertama kali dalam sejarah Malaysia, Perak menyambut Hari Raya awal sehari daripada negeri-negeri lain di Malaysia!

Wednesday, 10 October 2012



Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.
Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun.
Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi “foetal”, iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.
Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.
Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah (“atrophied “) dan satu jari cacat.
Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.
Perak Woman pula telah ditemui pada 2004. Ia merupakan tulang berumur 8,000 tahun yang dijumpai di dalam Gua Teluk Kelawar di Lenggong.

Revolusi Perak 2013



tak sabar rasanya nak tunggu pertandingan Liga Super 2013... bukannya apa, sebab pasukan perak, telah melakukan revolusi dengan melakukan rombakan besar dalam senarai pemain pasukan perak fa. 13 pemain musim 2012 disingkirkan dan dimaklumkan bahawa mereka akan digantikan dgn pemain "all stars"... sumber mengatakan pasukan perak melakukan pelaburan lebih dari RM4 juta dalam urusan pembelian pemain terbaik... saya harap tahun 2013 dan seterusnya menjadi tahun kegemilangan bola sepak perak yang kali terakhir menjejakkan kaki  di pentas final pada tahun 2007... 

         YOB THE BEST!!!


Thursday, 4 October 2012

TiTiaN PerJaL@naN



Inilah prjlanan smbil belajo awok daghi tadika hingge le sekarng... walaupun sbnrnya blajo tu mmbosankan...hehehe xD
TAHUN 1998-1999



 TAHUN 2000-2001

    TAHUN 2001-2005

TAHUN 2006-2010

TAHUN 2011-2012

TAHUN 2012 -wktu awok ngah taip bende ni.....xD