السلام عليكم

Tuesday, 11 December 2012




ABAH, PULANGKAN TANGAN ITA.........

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan…mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya…
Kisah Si Kecil Ita…
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, ‘Siapa punya kerja ni?’ Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ‘Tak tahu… !”Saya tak tahu Tuan..!
”Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan !’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam… ‘ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.
‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata…
‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis…. ‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Friday, 7 December 2012


KERIS TAMING SARI WARISAN NEGERI PERAK

Percaya atau tidak, tapi inilah kenyataannya. Keris Taming Sari yang merupakan keris yang pernah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah suatu ketika dahulu masih wujud dan keris ini telah menjadi alat kebesaran negeri Perak sejak tahun 1528 sehingga kini selepas diwariskan oleh Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah l, kepada anakandanya iaitu Sultan Perak yang pertama, Sultan Mudzaffar Shah. Keris ini dikatakan mempunyai kuasa sakti yang tersendiri, antaranya ialah pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan dan mampu berlegar di udara ketika mengejar musuh. Selain Sultan Perak, sebagai pemilik mutlak, keris itu hanya 'tunduk' di bawah jagaan Tok Nara Diraja.
kini keris Taming Sari ini menjadi alat-alat kebesaran negeri Perak di bawah pemerintahan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

Wednesday, 5 December 2012

MOH KITE BLAJO LOGHAT PERAK...!!!

hari ni teman nak ngabor beberape perkataan perak yang teman tau le.... supaya kite semua boleh mengekalkan warisan negeri perak ni agar "tak luput dek hujan, tak lekang dek panas.."


  • awok/teman = saya
  • Mengoloh   = tidur
  • tumpor     = mati/tewas
  • Ngobak/teghoyak = menangis
  • Menyongket = merayau
  • Ate = abis tu
  • menyeronghin = tersengih2
  • kome = kamu semua
  • Deme = mereka semua
  • lebuh = hilang
  • ayo = air
  • Nohin = buat tak tau
  • tereban = campak
  • Gebor = selimut
  • Ghotak = jambatan
  • Nyelap = naik syeikh/lupa diri/ tumbuh ekor
  • pedor = rasa tawar campur kelat
  • kebulor = lapar sangat
  • moh = jom
  • selait = lampu suluh
  • kokak = gigit
  • cakcibor = pepatung
  • bedeah = tipu
  • labang = pekak
  • tengin = bodoh
  • senayan = isnin
  • tak mandang = tak kelihatan
  • hangat pijor = panas

Sunday, 14 October 2012


1. Perak negeri yang pertama menerima Residen Inggeris selepas Perjanjian Pangkor 1874.

2. JWW Birch Residen Inggeris yang pertama dibunuh di Pasir Salak, Perak oleh anak Perak


3. Pokok Getah pertama ditanam di Perak oleh penjajah Inggeris yang benihnya dibawa dari Brazil.


4. Landasan Keretapi yang pertama dibina di Perak menghubungkan Port Weld(Kuala Sepetang)-Taiping


5. Jabatan Pos dan Telegraf yang pertama dibina di Taiping, perak tahun 1880


6. Muzium pertama di Malaysia adalah Muzium Perak yang terletak di Taiping, Perak


7. 'The origins of current government system in Malaysia' bermula di Perak - dulu ada State Council pada 1877 - di mana wakil dari orang2 Melayu dan juga orang Cina serta pentadbir British menganggotainya. 


8. Kesultanan Perak juga merupakan satu-satunya kesultanan melayu di Malaysia pada hari ini yang mempunyai pertalian terus dengan kesultanan Melaka. walaupun pada asalnya, Pahang dan Johor juga begitu tetapi setelah Sultan Abd Ghafur Pahang mangkat, Pahang diperintah oleh Bendahara dan akhirnya dinaiktaraf menjadi kesultanan sendiri. Johor pula, setelah pembunuhan Sultan Mahmud Mangkat dijulang pada tahun 1699, keluarga Bendahara menjadi Sultan. Kemudian, setelah kemangkatan Sultan Husain pada tahun 18??, Johor akhirnya diperintah oleh Temenggong Ibrahim di mana anaknya kemudian dinaiktaraf menjadi Sultan Johor. Walaupun Sultan Sallehuddin Perak merupakan Sultan Perak terakhir berketurunan lelaki daripada Sultan Melaka, tetapi Sultan Perak yang berikutnya adalah cicit kepada Sultan Muzaffar Shah I melalui keturunan perempuan.


9. Zaman penjajahan Jepun (1942-1945), Markas Pentadbiran Tentera Jepun bagi Asia Tenggara adalah di TAIPING, PERAK! Dan pada zaman Jepun jugalah, IPOH dijadikan ibu negeri Perak hinggalah sekarang.


10. Zoo yang pertama di Malaysia pun di Perak iaitu Zoo Taiping


11. Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian


12. Anak Melayu yang Pertama mendapat gelaran SIR adalah Raja Chulan - anak Perak


13. Anak Melayu bukan berdarah Raja yang pertama dapat pingat daripada kerajaan Inggeris ialah Wan Muhammad Salleh Bin Wan Omar...asal beliau orang Ijok, Selama. Pernah kerja di Gerik, Kuala Kangsar dan Ipoh. Pingatnya adalah ISO (imperial service order)


14. Speaker Dewan Rakyat yang pertama - Dato' C M Yusof... orang Ipoh, Perak


15. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu yang pertama - Dato' Mustafa Al-Bakri - orang Batu Gajah, Perak


16. IPT yang pertama ialah UPSI (tahun 1922) yang terletak di Tanjung Malim , Perak. Universiti Malaya tahun 1947 tau....UPM (dulu agricultural college) tahun 1930an...


17. Sekolah Berasarama Penuh yang pertama - Malay College Kuala Kangsar (MCKK)


18. Setelah Penyata Razak, tiga buah Sekolah Berasrama Penuh ditubuhkan - Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) dan Sekolah Tun Fatimah (STF). STAR dan SDAR adalah di Perak. STAR di Ipoh dan SDAR di Tanjung Malim (later SDAR pindah ke Seremban)


19. Pemenang Piala FA pertama pada tahun 1990 ialah negeri Perak. Perak vs Selangor 4 – 2


20. Perlawanan akhir pertama di Stadium Merdeka dan Perak telah menjuarainya pada tahun 1957


21. Pemain Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada 1959 untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967


22. Piala HMS ditukar nama ke Piala Malaysia. Pasukan Perak merupakan pasukan pertama menjuarainya pada tahun 1967. Siaran secara langsung pertama ditayangkan di televisyen. Perak vs Singapura. Singapura menang 3-2 menerusi


23. Perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Perak dengan Terengganu. Perak menang. Pada tahun 1998


24. Juara Piala Malaysia pertama pada abad ke-21 iaitu Perak pada tahun 2000. Perak vs n9. perak menang.


25. Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu(DURBAR) yang pertama pun diadakan di Perak. Lebih tepat lagi,di Kuala Kangsar


26. Perak merupakan negeri pertama yang mempunyai daftar kereta. itu sebab plat kereta perak bermula dengan huruf A!


27. Tidak lupa juga,rakyat negeri Peraklah yang pertama memiliki kenderaan di Tanah Melayu


28. Kelab Diraja Ipoh yang berusia lebih 100 tahun pula muncul kelab terawal terdapat di negara ini


29. Di Perak jugalah - pemimpin Nusantara bermesyuarat dan bersepakat untuk memerdekakan Seluruh Nusantara di bawah gagasan Melayu Raya. Tapi, hanya delegasi dari Dutch Indies (nama lama Indonesia) yang meneruskan apa yg telah diputuskan sewaktu mesyuarat di Perak - merdeka dengan darah! And Yes, Sukarno was present at the meeting in Perak!


30. Pasal politik pulak, Perak dari dulu mempunyai kancah politik luar biasa dari negeri Melayu yang lain. Di awal penubuhan kesultanan Perak pada tahun 1528, berlaku perang saudara yang telah mengakibatkan kerajaan Perak terbahagi dua - antara Sultan Muzaffar Shah dan Tun Saban


31. Dalam tahun 1700s, sekali lagi politik Perak bergelora dengan negeri mempunyai 2 orang Sultan - Sultan Muzaffar Shah III yang memerintah dari Pachat ke Hulu (bersemayam di Kuala Kangsar) dan Sultan Muhammad Shah yang memerintah dari Pachat ke Hilir (bersemayam di Berhman Indera - dekat Bota)


32. Kemudian - pada tahun 1871, setelah kemangkatan Sultan Ali, ada 3 contender untuk jadi Sultan Perak - Sultan Ismail (yang dilantik oleh majority orang besar Perak), Sultan Abdullah (disokong pada mulanya oleh Laksamana & Shahbandar tapi kemudian disokong oleh British setelah Perjanjian Pangkor 1874) dan juga Sultan Yusuf (calon yang paling kurang mendapat sokongan pembesar namun akhirnya menjadi Sultan setelah Sultan Ismail dibuang ke Johor dan Sultan Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles.


33. Pada tahun 1983, buat julung kalinya dan pertama kali dalam sejarah Malaysia, Perak menyambut Hari Raya awal sehari daripada negeri-negeri lain di Malaysia!